Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru

Pada 16 Mei 2012...SMKPO telah mengadakan sambutan hari guru sempena sambutan serentak Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Sambutan Hari Guru diadakan secara ringkas sahaja kerana sambutan tersebut diadakan semasa peperiksaan penggal pertama. Sambutan ini dikelolakan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staff (KKRS) dan Pelajar-pelajar Pra U Tahun 2. Antara acara semasa sambutan Hari Guru ialah nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, Ikrar Guru, Ucapan Wakil Pelajar bagi setiap sesi, ucapan pengetua dan juga acara memotong kek Hari Guru... Semoga guru-guru SMKPO terus bersemangat untuk mendidik dan membimbing anak bangsa.... SELAMAT HARI GURU...  TERIMA KASIH CIKGU !!!!...


Antara Hadiah Hari Guru daripada pelajar
Kek Hari Guru

Bacaan Ikrar guru

No comments: