Sunday 3 July 2011

Lawatan Sambil Belajar

Pada 2 Julai 2011 jam 1.00 tengahari, Kelab Pencinta Alam SMKPO telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pameran Jabatan Perhutanan Negeri Sabah di Pesta GATA, Sipitang. Lawatan ini melibatkan ahli kelab Pencinta Alam dari tingkatan 1 dan 2 sahaja. Semasa di sana, rombongan diberi layanan yang sangat baik dan peserta lawatan diuji dengan pelbagai aktiviti dan soalan yang dapat mencambah ilmu mereka berkaitan perhutanan. Terima kasih Jabatan Perhutanan Negeri Sabah....

 Aktiviti berkumpulan peserta lawatan

Bahan Pameran 

 Penerangan dari staf Jabatan Perhutanan Negeri Sabah

 Rombongan lawatan dengan guru pengiring ( Cikgu Mekhill dan Cikgu Norhadizah)

Cikgu Izetty berjaya menjawab Kuiz dengan jayanya ;-)

Larian 1M1S satu Malaysia

Larian ini dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 2 Jun 2011, jam 7.45 pagi  sempena pelancaran 1M1S. Larian ini melibatkan murid, guru, AKS dan ibu bapa. Selepas larian 1M1S selesai, pihak sekolah mengadakan pula pertandingan bola sepak, sepak takraw, bola tampar, ping pong dan sukan dalaman  seperti dart dan carrom.

Senamrobik sebelum larian bermula

Guru tandatangan kehadiran untuk larian

Larian 1M1S bermula didahului dengan murid lelaki

Larian 1M1S murid perempuan

Guru pun lari juga 

Pertembungan laluan Larian 1M1S dengan murid dari S.K Pekan Sipitang

Aktiviti selepas Larian 1M1S (Bola Tampar)

Aktiviti selepas Larian 1M1S (Sepak Takraw)

Aktiviti selepas Larian 1M1S ( Dart kategori guru)

Aktiviti selepas Larian 1M1S (ping pong)