Tuesday 28 June 2011

Pusat Ujian Permata Pintar UKM dan Ujian Permata Insan USIM

Pada hari isnin yang lepas (27 Jun 2011), Ujian Permata Pintar UKM2 dan Permata Insan USIM telah dijalankan di sekolah ini. 19 orang calon terlibat dalam Ujian Permata Pintar UKM2 dan 2 orang calon  terlibat dalam Ujian Permata Insan USIM. Ini adalah kali kedua sekolah ini menjadi pusat ujian program permata pintar UKM2 dan Ujian Permata Insan USIM yang melibatkan murid-murid sekolah di daerah Sipitang sahaja. Ujian yang sama juga pernah diadakan di sekolah ini pada tahun 2010 namun pada masa itu lebih ramai calon terlibat kerana calon atau murid terdiri daripada murid-murid dari daerah Papar, Kuala Penyu, Membakut, Beaufort serta Sipitang. Pada tahun ini, banyak lagi pusat ujian telah dibuka seperti di dearah beaufort, Kota Kinabalu dan banyak lagi untuk memudahkan calon hadir pada sesi ujian tersebut. Untuk maklumat lanjut klik  Permata Pintar UKM  dan Permata Insan USIM . 


Monday 27 June 2011

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform telah diadakan pada 24 – 26 Julai 2011. Sebanyak 11 persatuan menyertai perkhemahan perdana pada kali ini termasuklah Persatuan Kadet Polis, Persatuan Kadet Bomba, Persatuan Pengakap, Persatuan St John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Teakwando, Persatuan Karate-Do, Persatuan Silat Dan Persatuan Pandu Puteri. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa perkhemahan ini seperti pertandingan kawad kaki, pertandingan ikatan, pertandingan iktihar  hidup dan sebagainya. Johan keseluruhan bagi perkhemahan perdana pada tahun 2011 ini dimenangi oleh persatuan pengakap.















Thursday 23 June 2011

1 Murid 1 Sukan ( 1M1S )

1M1S dijalankan di SMKPO pada setiap hari khamis iaitu pada jam 8.00 bagi pelajar sesi petang manakala bagi pelajar sesi pagi pula aktiviti dijalankan pada jam 2.30 petang. 




Friday 17 June 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan hari guru SMKPO telah diadakan pada 16 Mei 2011 (isnin). Sambutan ini diadakan secara berasingan bagi guru sesi pagi dan sesi petang. Acara telah diadakan semasa perhimpunan pagi jam 6.45 pagi bagi guru sesi pagi, manakala bagi sesi petang pula, acara diadakan semasa perhimpunan sesi petang pada jam 12.00 tengahari. Walaubagaimanapun, acara yang dijalankan adalah sama sahaja. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan guru-guru ke tapak perhimpunan dengan diiringi alunan kompang dan guru-guru diberi sekuntum bunga tanda penghargaan dan seterusnya guru-guru melafazkan ikrar hari guru dan menyanyikan 2 buah lagu hari guru. Pada 15 Jun 2011 pula telah diadakan acara sukan PetanQ, Bola Jaring dan Badminton.

PetanQ Kategori Terbuka

Bola Jaring Guru Pagi Vs Guru Petang


Majlis penutupan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pula diadakan pada 17 Jun 2011 (jumaat). Sambutan ini menggabungkan sambutan hari guru, hari ibu dan hari bapa.

Gimik Perasmian

Persembahan Pra U

Gimik Persembahan 

Persembahan Guru

Tuesday 14 June 2011

Salam 1Malaysia...

Ini adalah blog rasmi SMK Pengiran Omar, Sipitang.

Blog ini akan memaparkan pelbagai berita atau makluman berkaitan SMK Pengiran Omar, Sipitang untuk tatapan warga sekolah mahupun pihak luar. Sekian Terima Kasih....