Saturday 26 May 2012

Selamat Bercuti



Sedar tak sedar...kita dah sampai pertengahan tahun 2012...cepat sungguh masa berlalu. Kini tiba musim cuti sekolah. Kepada para pelajar, jangan lupa siapkan Modul Waktu Cuti yang disediakan oleh guru subjek anda dan hantar pada hari pertama persekolahan. Diharapkan juga musim cuti sekolah ini digunakan untuk aktiviti yang berfaedah....selamat bercuti kepada guru-guru dan pelajar SMKPO. jangan lupa untuk kembali ke sekolah pada 11 Jun 2012...

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru

Pada 16 Mei 2012...SMKPO telah mengadakan sambutan hari guru sempena sambutan serentak Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Sambutan Hari Guru diadakan secara ringkas sahaja kerana sambutan tersebut diadakan semasa peperiksaan penggal pertama. Sambutan ini dikelolakan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staff (KKRS) dan Pelajar-pelajar Pra U Tahun 2. Antara acara semasa sambutan Hari Guru ialah nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, Ikrar Guru, Ucapan Wakil Pelajar bagi setiap sesi, ucapan pengetua dan juga acara memotong kek Hari Guru... Semoga guru-guru SMKPO terus bersemangat untuk mendidik dan membimbing anak bangsa.... SELAMAT HARI GURU...  TERIMA KASIH CIKGU !!!!...


Antara Hadiah Hari Guru daripada pelajar
Kek Hari Guru

Bacaan Ikrar guru